ANTARA FAKTA MENARIK MENGENAI BULU MATA
Fakta 1
Seperti semua bulu yang ada pada badan, bulu
mata secara biology nya adalah sejenis
polymer. Bulu mata terdiri daripada 10%
air dan 90% protin seperti keratins
and melanins.
Fakta 2
Rata- rata manusia memiliki hampir 200 helai
bulu mata bahagian atas, dan hampir 100 helai bulu mata bahagian bawah.
Boleh kira lah bulu mata kita sendiri kalau
sanggup. Cik Intan kira bulu mata bawah, enda sampai 100 helai pun, he he he. Tp,
bulu mata atas memang enda sanggup kira lah.
Fakta 3
Panjang
bulu mata tidak serangam. Selalunya bulu mata bahagian tengah lebih panjang
berbanding bahagian tepi.
Betul okeh, Cik Intan actually buat Eyelash
Perming, tiap kali buat mesti survey bulu mata customer. Memang panjang tidak
seragam, mana yang baru mau tumbuh lagi. Cuba cek bulu mata masing- masing,
minta adik, kakak or mama kamu tinguk. Hehe.
Fakta 4
Rata- rata bulu mata akan tumbuh sepanjang 10mm.
Walaubagaimanapun, rekod bulu mata terpanjang di dunia ialah 6.4 cm.
Astaga, panjang kan? Terus ambil pembaris ukur bulu
mata sendiri. haha
Fakta 5
Ada mites kecil yang wujud pada setiap helaian. Eh,
yang bebenor?, yaa betul. Kajian mengatakan bulu mata kita ada wujud sejenis
“mites”. Mereka akan keluar pada waktu malam, dan makan cell mati untuk mengelakkan pori
bulu mata kita tersumbat. Kalau bahagian bulu mata tidak dibersihkan selalu, maka mites ini akan bermastautin di helaian bulu mata dan boleh menyebabkan jangkitan.
Haa, mites ni secara semula jadi memang bantu makan cells mati area bulu mata. Tapi, kalau kita secara tidak semulajadi nya menambah kotor di kawasan nya, memang makin banyak lah dia bawa geng, kena jangkitan di mata pula nanti nya, nama juga bakteria suka tempat tidak bersih. So, bersihkan lah area kelopak and bulu mata anda selalu yaa.
Haa, mites ni secara semula jadi memang bantu makan cells mati area bulu mata. Tapi, kalau kita secara tidak semulajadi nya menambah kotor di kawasan nya, memang makin banyak lah dia bawa geng, kena jangkitan di mata pula nanti nya, nama juga bakteria suka tempat tidak bersih. So, bersihkan lah area kelopak and bulu mata anda selalu yaa.
Fakta 6
Gugur 1 hingga 5 helai setiap hari. bulu mata
yang normal ialah bulu mata yang gugur setiap hari. Jangan risau, its still
consider as NORMAL (Dr.Ellen Marmur). Hal ini kerana, bulu mata kita
diperbaharuai setiap 90 hari. Yang rasa tidak pernah gugur bulu mata itu yang
harus rujuk ke doktor. gambar di bawah menunjukkan stage eyelash kita. Pada fasa Telogen (capai tahap panjang sepenuhnya), bulu mata akan stay selama 90-100 hari (resting period) dan early anagen akan tumbuh pada waktunya.
Rajah 1: Credit to Dreamlash |
Homaigad, yang bener? Iya, ada yang gugur sehelai
sehari, ada yang 2, ada 3 helai. Kalau Cik Intan, tak sedar la berapa banyak
gugur, tp pernah kalau khusyuk belajar 1 hari tu memang nampak ja gugur 2-3
helai atas meja dalam sehari. Dalam hati “siapa lah rindu betul sama aku ni?”
kan (nampak perasaan di situ).
So, setiap 90 hari (resting period), bulu mata
akan automatik gugur, bukan sebab kita gosok mata, aahh, gosok mata pun boleh
menyebabkan bulu mata jatuh kan. Tapi, sebab bawah kelopak mata kita ada bulu
mata baru menjolok2 enda sabar mau keluar, dia lah si early Anagen tu, dia tolak bulu mata di atas supaya
gugur, dia pun mau tinguk dunia juga. Hehe. Tp ia berbeza juga, setiap org ada
life cycle bulu mata dia sendiri, ada yang mencapai lebih dari 100 hari.
Fakta 7
Bulu mata mengambil masa 1-6 bulan untuk tumbuh
sepenuh nya. Jika kita refer pada Rajah 1, proses yang saya maksudkan ambil masa selama 1-6 bulan ialah fasa Anagen ke Telogen. Maksudnya di sini ialah, bulu mata kita yang berganti baharu, ia
akan mengambil masa 1-6 bulan untuk mencapai tahap kepanjangan maxima bulu mata
kita. Tapi, ianya berbeza bagi setiap orang, ada kajian mengatakan, 6 minggu,
ada yang 2 bulan dan juga 6 bulan. Rajah di bawah menunjukan Normal Hair Growth Stages.
Rajah 2: Credit to EyeWonderlust for the picture |
Hmm, lama juga la kalau ada yang sampai 6 bulan ni,
mungkin panjang betul kali bulu mata nya ni. Haha.
APA PULA KAITANNYA DENGAN EYELASH PERMING?
Berkata mengenai Eyelash Perming pula, apa kena
mengena kan? sebenarnya Cik Intan buat busines eyelash Perming juga (part time atau bila ada demand), Door-to-door service. Untuk kita apply fakta- fakta bulu mata di atas kepada eyelash perming ini. Ianya lebih kurang sama dengan rambut, tp rambut sentiasa memanjang kan, ia tiada tempoh gugur bila, gugur nya banyak faktor,
kalau rambut anda pada asal nya lurus,
anda perming rambut anda, jika rambut anda makin panjang, adakah rambut
yang tumbuh turut sama curl/keriting? Tidak kan? Sebab ubat perming tidaklah
sampai kasi curl terus smua rambut2 yang baru mau memanjang, perming atau
rebonding tidak ubah bentuk asal rambut selamanya. Kalau permanent, ainah bankrap
kali saloon tiada la istilah repeated customer untuk rebonding atau curling.
So, benda ini juga di apply kepada bulu mata,
cumanya, bulu mata kita ada life
cycle nya yang tersendiri seperti yang saya hurai di Fakta 6. Maksud saya, setiap 3 bulan bulu mata kita akan renew
balik, kalau gugur sudah bulu mata kita, memang petanda ada laitu mau tumbuh
baru. Jadi, lepas bulu mata tumbuh sehingga capai tahap kepanjangan, dia akan
ada 3 bulan berehat di kelopak mata (resting period), lepas tu, akan gugur la
dia balik. Maka itu lah, eyelash yang di perming ini, tempoh nya untuk bertahan
hanya 1-3 bulan. Ianya mengambil kira, mana yang baru tumbuh, mana yang sedang
menumbuh (ka membesar? eh!), growing
la bah bilang urang puti tu.
Thats why, orang yang perming bulu mata harus la faham, bukan hanya faktor ubat
tidak berfungsi, faktor ubat tidak berfungsi kita ambil kira pada hari pertama
kita perming, kalau lawa melentik setiap bulu-bulu mata, okay laitu ubat dia. Tp after sebulan
ada nampak mcm jatuh sikit (salah satu kemungkinannya ialah disebabkan bulu mata ketika di perming itu ada yang masih
pendek, bila dia sudah capai tahap kepanjangan nya sendiri, maka curling nya kurang
sekata lah dengan kengkawan nya yang lain.
Dalam tempoh 2-3 bulan (bg yang buat eyelash perming), pasti ada yang lurus ada
yang masih curl kan?. Di sini kita apply itu Fakta 7 pula, yang lurus itu masa kita perming baru dia tumbuh
laitu. Sebab, semasa perming bulu mata,
panjang bulu mata kita tiada yang seragam panjang nya. Mugkin pada masa itu,
ada panjang separuh, ada baru mau tumbuh kan. Jadi, bayangkan sahaja, bila kita
perming bulu mata yang panjang dan ada yang pendek, tentu sahaja ada bulu mata
yang tidak tergulung habis, ada yang tidak tergulung langsung pada rod
maklumlah comel masi pindik mau keluar tinguk dunia. Jadi, bulu mata yg pendek tersebut belum capai tahap tumbesaran nya, maka itu la dalam tempoh 2-3 bulan akan ada bulu mata yang sudah berganti baru, ada yang sedang membesar baru 1-2 bulan and sebagainya. (tak faham tanya k?) ha ha ha.
Tetapi semua ini depends dengan keadaan bulu mata kita sendiri. ada testimony yang 3 bulan baru ada yang nampak lurus, mungkin life cycle bulu mata dia berbeza. frequency gugur sehari juga berbeza. so, ketahanan Eyelash Perming depends dengan faktor-faktor tersebut. Kita memang susah mau kaji atas bulu mata
sendiri, kita susah kenalpasti tiap bulu mata kita, bila ia gugur pun kita
tidak tahu kan? Mungkin ketika tidur atau mandi? Tapi, entry yang saya tulis ini ialah hasil pembacaan saya pada hasil research sebelum ini.
WHO LOVES EYELASH PERMING? YES ME YES! tak perlu pakai alat curler terus pakai mascara sahaja. π di bawah ini adalah gambar hasil Eyelash Perming Service Cik Intan di Pitas. Kamu boleh lihat Fakta 3 di sini. Panjang tidak seragam.
Bulu Mata paling panjang pernah saya buat. No need Fake Lashes tho, pakai Mascara terus Perghh! |
Comel tak Mata adik ni? hehe |
Request Natural Lashes looks sahaja, Yet, Still beautiful. |
Lebat and panjang. and I is jealous. |
END OF ENTRY. ASSALAMUALAIKUM...π
so cute
ReplyDeleteso cute
this is good post
VEREY USEFUL POST
this is good post
Any tips untuk bulu mata yg rosak sbb perming lashes? π₯
ReplyDeleteSis nak tanya...bulu mata ada had ke untuk panjang
ReplyDelete